Saturday, 5 November 2011

Refleksi Pengajaran

Semasa saya menjalankan makropengajaran , saya mendapati terdapat segelintir murid tidak dapat menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada pertanyaan dan pengajaran  saya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Saya mendapati mereka memandang ke arah lain , mengganggu kawan lain , bercakap dengan kawan sebelah serta bermain alat tulis sendiri walaupun saya telah berusaha menarik perhatian semua murid untuk mengikuti pengajaran saya dengan  menunjukkan bahan konkrit sambil menanya demi mencungkil idea daripada murid.
Pada masa itu, saya tidak panik malah  masih berkeyakinan diri saya berupaya menangani masalah disiplin murid itu. Oleh itu, saya cuba tenangkan hati serta berfikiran positif agar kurangkan tekanan emosi. Kemudian , saya memikirkan punca-punca yang mungkin mengakibatkan masalah itu timbul secara rasional. Syabasnya, saya berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas menukar kaedah penanyaan dan penerangan kepada semua murid dalam bilik darjah sambil memandang ke arah murid-murid yang berdisiplin seterusnya menanya mereka soalan agar manarik perhatian mereka terhadap aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh saya. Selain itu, saya juga meminta murid tampil ke depan untuk menjawab soalan agar menarik minat belajar mereka.
Tindakan berkesan tersebut telah berjaya menarik perhatian murid-murid yang kurang tumpukan perhatian terhadap pelajaran yang saya sedang ajar. Lantaran daripada itu , mereka  lebih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada masa itu , saya sangat gembira serta lebih berkeyakinan seterusnya mengajar dengan lebih bersemangat dengan harapan objektif pembelajaran yang saya tetapkan dapat tercapai semaksimum yang mungkin pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, atas sebab perasaan cemas atau tegang kerana rakaman video, saya telah terlupa langkah pengasingan gula yang berlainan warna di dalam dua gelas. Langkah tersebut bertujuan agar murid berupaya membandingkan gula yang banyak dan sedikit. Namun demikian, saya telah menggunakan penyedut sebagai objek membandingkan kuantiti yang banyak dan sedikit.
Pada akhir pengajaran , saya mendapati terdapat sebahagian kecil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan kadang kala kucar kacir. Saya menenangkan diri sendiri dan berfikir secara teliti. Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa punca masalah tersebut berlaku adalah disebabkan kewujudan beberapa murid yang tidak memberi tumpuan dan kerjasama kepada murid lain. Selain itu, terdapat segelintir murid yang suka berdiri untuk menarik perhatian daripada saya agar memberi peluang menjawab soalan terutama aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan sangat memerlukan penglibatan murid dan kerjasamana antara ahli kumpulan untuk menyempurnakan tugasan dan masalah yang saya bagi. Oleh itu, kawalan kelas diperlukan supaya mengurangkan kebisingan antara kumpulan.
Saya juga berharap dapat menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan dalam kelas supaya murid-murid saya berasa seronok belajar dan pada masa yang sama memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna .

No comments:

Post a Comment